10 LANGKAH YANG IBU BAPA HARUS LAKUKAN JIKA ANAK KENA DEMAM PANAS. - BABY N MOM

10 LANGKAH YANG IBU BAPA HARUS LAKUKAN JIKA ANAK KENA DEMAM PANAS.





Bila sentuh tubuh anak panasnya lain macam, mesti ibu bapa akan risau akan keadaan anaknya terutama kalau masih bayi.

Jika bayi berusia 6 bulan ke bawah demam, anda perlu lebih risau kerana agak jarang bayi seusia begitu mendapat demam panas.

Untuk memastikan demam anak anda terkawal dan suhu badanya tidak terlalu tinggi anda perlu buat perkara berikut:

1) Gunakan termometer untuk kawal suhu.

termometer memang mudah didapati di mana-mana kedai barangan bayi atau farmasi. sebaiknya gunakan termometer digital yang mudah membaca suhu badan anak. ambil suhu dengan meletakan termometer di bawah ketiak anak dan tunggu sehingga termometer berbunyi dan baca suhu badan anak. suhu normal adalah 36.7 jika bacaan suhu anak anda lebih tinggi bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

2) Bawa berjumpa doktor

  sebaiknya bawalah anak berjumpa doktor jika suhu anak semakin meningkat dan tidak berkurang terutama sekali jika bayi berusia bawah 6 bulan.

3) Turunkan suhu anak

jika anak terkena demam panas ibu bapa haruslah berusaha menurunkan suhu demam anak ,ini kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan anak sawan. cara untuk mengurangkan suhu panas demam anak ialah dengan memandikan anak dengan mengunakan air paip biasa, lap guna tuala basah terutama di bahagian ketiak,peha, kaki dan leher serta biakan anak pakai lampin sahaja.

4) Beri ubat demam

beri ubat demam kanak-kanak dengan sukatan yang tepat seperti yang ditetapkan oleh doktor.

5) Tak perlu guna selimut dan baju yang tebal

elakan memakai pakaian atau selimut kepada anak ini untuk membantu paras suhu menurun ke tahap normal, 

6) Suhu sejuk

jika di dalam bilik pastikan suhu dalam keadaan sejuk. tak perlu guna aircond kipas pun dah memadai.

7) Teruskan menyusu

beri susu sekerap yang boleh jika anak anda menyusu badan. supaya antibodinya cepat terbina untuk melawan virus demam panas.

8) Beri banyak air

sekiranya anak dah mula makan beri dia banyak minum air dan makan makanan yang bercecair seperti sup, bubur, aiskrim dan sebagainya untuk menghilangkan sakit tekak dan mengurangkan suhu.

9) Dampingi anak

jangan biarkan anak yang demam tidur sendirian terutama pada waktu malam. ini kerana, suhu demam pada waktu akan mudah meningkat tinggi berbanding siang.

10) Berdoa

selepas berusaha merawat berdoalah kepada Allah, kerana yang maha menyembuh itu hanyalah Allah. bacalah al-fatihah dan selawat syifa.










10 LANGKAH YANG IBU BAPA HARUS LAKUKAN JIKA ANAK KENA DEMAM PANAS. 10 LANGKAH YANG IBU BAPA HARUS LAKUKAN JIKA ANAK KENA DEMAM PANAS. Reviewed by siti hakimah on 11:45 PG Rating: 5

Tiada ulasan