10 TIP IBU CERGAS SELEPAS BERPANTANG - BABY N MOM

10 TIP IBU CERGAS SELEPAS BERPANTANG




Semasa dalam berpantang, ibu bersalin memang kena betul-betul berpantang makan. ibu yang menjaga makanan ketika berpantang  mempunyai stamina dan antibodi yang kuat untuk melakukan aktiviti harian seperti menguruskan rumahtangga dan anak anak serta kerjaya.

ibu yang menjaga pantang akan susah mendapat sakit urat, sendi dan sakit dalaman sebab makanan yang  dimakan semasa berpantang mengandungi herba yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit.
 Ini antara perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam aspek pemakanan ketika berpantang.

1. Jenis makanan

Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan mesti tepat untuk mengelakkan perut masuk angin.


2. Elak makanan berlemak

Semasa berpantang ibu perlu lupakan makanan yang berlemak dan berminyak.  Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang masak menggunakan kaedah kukus dan rebus.


3. Pengambilan air

pengambilan air adalah sangat penting semasa berpantang ini kerana penghasilan air susu akan bertambah jika ibu minum air dalam kuantiti yang cukup  dan proses penyembuhan.

4. Jangan lupa makan halia

Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia ialah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Ibu digalakkan mengambil halia dengan banyak  semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.


5. Makanan penambah susu ibu

Ibu boleh amalkan makanan untuk menambah susu seperti cekur manis, lobak, peria dan pegaga. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.


6. Pemberi tenaga

Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.

7. Baik untuk anti oksida

Semasa dalam pantang ibu juga perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia.



8. Banyakkan makan ikan segar

Selain pengambilan ulam-ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar juga penting. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk ibu makan semasa berpantang.


Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah ikan haruan, sardin  dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean).


9. Kalau nak cepat sembuh

Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren  mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka sebab oren kaya dengan vitamin c.


Elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.

10. Kecutkan rahim

Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.


jadi, para ibu berpantanglah dengan tekun supaya hormon dalam badan kembali seimbang dan sentiasa cergas dan sihat.




10 TIP IBU CERGAS SELEPAS BERPANTANG 10 TIP IBU CERGAS SELEPAS BERPANTANG Reviewed by siti hakimah on 2:55 PTG Rating: 5

Tiada ulasan