3 AMALAN BANYAKAN AIR SUSU IBU, BARU LAH ANAK LENA TIDUR. - BABY N MOM

3 AMALAN BANYAKAN AIR SUSU IBU, BARU LAH ANAK LENA TIDUR.


Dalam usaha menyusukan bayi dengan susu ibu, banyak perkara yang perlu diteliti. Namun, jangan terlalu menekan diri sendiri. Oleh yang demikian, lakukannya secara tenang agar penghasilan susu lancar.

Antara tip  untuk penghasilan susu yang banyak dan lancar ialah:


1. Minum air
Pastikan anda mengambil air minuman atau apa-apa sahaja jenis cecair lebih daripada tiga liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi membantu tubuh menghasilkan susu dengan baik.
2. Pam lebih lama
Bagi anda yang mengepam payudara untuk menghasilkan stok susu ibu bagi kegunaan anak sepanjang anda tiada bersama dengannya, jangan hadkan masa mengepam. Ambillah masa antara 15 - 20 minit untuk setiap belah payudara. Yang penting, pastikan payudara benar-benar kosong.
3. Urut payu dara
Urutan di bahagian payudara sememangnya baik untuk merangsang pengaliran susu ibu dengan lancar. Paling kurang, anda boleh mengurut payudara sendiri dengan menuamnya menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian urut secara lembut dan perlahan-lahan.
3 AMALAN BANYAKAN AIR SUSU IBU, BARU LAH ANAK LENA TIDUR. 3 AMALAN BANYAKAN AIR SUSU IBU, BARU LAH ANAK LENA TIDUR. Reviewed by siti hakimah on 3:31 PTG Rating: 5

Tiada ulasan