8 LANGKAH KAWAL ANAK AMBIL GULA BERLEBIHAN - BABY N MOM

8 LANGKAH KAWAL ANAK AMBIL GULA BERLEBIHAN




Kadar peratusan Obesiti dan diabetes di kalangan kanak-kanak di Malaysia amat membimbangkan. Antara faktor penyebabnya adalah pemilihan dan pengambilan makanan manis dan tinggi kandungan gula. 

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan si kecil mendapat nutrisi yang baik untuk keperluan tubuh mereka ketika membesar.

Amalan pemakanan sihat harus bermula dari rumah, kadar penggunaan gula juga perlu dikurangkan dalam pemakanan anak seharian.

Apa yang anda harus lakukan dalam langkah mengurangkan pengambilan gula berlebihan kepada anak? Apa yang anda perlu lakukan ialah:


  • Jangan jadikan makanan manis sebagai ganjaran kepada anak
  • Bagitahu kepada meteka  kenapa gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan si kecil.
  • Kurangkan gula dalam masakan seharian.
  • Buat makanan yang berkhasiat untuk dijadikan snek untuk anak dan bukanya makanan yang banyak mengandungi gula.
  • Elakan pengambilan makanan proses.
  • Berhati hati dengan kandungan gula yang terkandung dalam makanan atau minuman yang dibeli.
  • Ketahui penggunaan nama lain bagi gula dalam makanan di pasaran.
  • Pengambilan gula bagi anak berumur 2-6 tahun adalah tidah lebih dari 3 sudu kecil sahaja.


Ibu bapa harus lebih peka supaya dapat merancang tumbesaran dan kesihatan anak yang baik serta mengamal gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. 


8 LANGKAH KAWAL ANAK AMBIL GULA BERLEBIHAN 8 LANGKAH KAWAL ANAK AMBIL GULA BERLEBIHAN Reviewed by Baby n Mom on 6:14 PG Rating: 5

Tiada ulasan