AMALAN ELAK ANAK KENA JAUNDICE, IBU HAMIL HARUS BACA. - BABY N MOM

AMALAN ELAK ANAK KENA JAUNDICE, IBU HAMIL HARUS BACA.



Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
3. Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid.
4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
5. Organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts.

Amalan yang boleh diamalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
AMALAN ELAK ANAK KENA JAUNDICE, IBU HAMIL HARUS BACA. AMALAN ELAK ANAK KENA JAUNDICE, IBU HAMIL HARUS BACA. Reviewed by siti hakimah on 4:08 PTG Rating: 5

Tiada ulasan