ANAK PANDAI BERBOHONG? ADA CARA MENGESANYA - BABY N MOM

ANAK PANDAI BERBOHONG? ADA CARA MENGESANYA



Jangan beri peluang kepada si manja anda untuk cuba berbohong walau dalam apa jua keadaan. Bagi mengelak keadaan jadi bertambah parah, mama dan papa perlu bijak mengesan pembohongan si manja supaya perbuatannya itu dapat ditangani dengan tegas dan berhemah. 

1.Perubahan raut wajah

Raut wajah atau ekspresi wajah si anak yang kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda. Ekspresi wajahnya serta pergerakan tubuhnya seperti hidung yang kembang kempis atau sering menggosok keningnya boleh menjadi isyarat yang paling hampir menandakan dia sedang berbohong.
 2. Banyak cakap
Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tidak kena dan gelisah. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap lebih banyak berbanding biasa. Anda boleh melihat jelas perbezaannya itu.
 3. Kelainan nada suara
Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi mereka akan berbohong dengan menggunakan nada suara yang agak rendah. Cara mereka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaannya.
 4. Berulang-ulang
Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar mama mempercayainya.
 5. Pendiam
Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berada dalam dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berdiam diri.


ANAK PANDAI BERBOHONG? ADA CARA MENGESANYA ANAK PANDAI BERBOHONG? ADA CARA MENGESANYA Reviewed by siti hakimah on 1:43 PTG Rating: 5

Tiada ulasan