ANAK SUKA HISAP JARI? IBU PERLU AMBIL TAHU KESANYA BILA ANAK DAH BESAR. - BABY N MOM

ANAK SUKA HISAP JARI? IBU PERLU AMBIL TAHU KESANYA BILA ANAK DAH BESAR.



Bayi berasa seronok menghisap jari kerana tabiat ini memberikan kepuasan. Menurut Sigmund Freud, menghisap jari adalah salah satu cara kanak-kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu membina personaliti.

Kenapa sesetengah kanak-kanak menghisap jari?
Pada mulanya, sucking reflex (refleks menghisap) digunakan untuk menyusu. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut mula berasa seronok menghisap, lalu akan menghisap jarinya untuk mendapatkan keseronokan.
Tabiat menghisap jari mampu menenangkan dan membuatkan kanak-kanak berasa selamat, contohnya ketika terpisah daripada ibu bapa atau berada dalam suasana asing seperti di tadika.

Apakah masalah yang boleh timbul daripada tabiat ini?
Kesan buruk akibat menghisap jari bergantung kepada kekerapan, tempoh masa dan kekuatan daya hisapan. Menghisap jari dengan kuat tetapi untuk masa yang singkat mungkin tidak akan memberikan kesan yang begitu ketara berbanding menghisap jari dengan perlahan tetapi untuk masa yang lama, contohnya sepanjang malam ketika kanak-kanak tersebut tidur.

Bagaimana cara untuk menghentikan tabiat ini?
Memberi galakan membina. Contohnya, puji anak anda apabila dia tidak menghisap jari berbanding memarahinya ketika dia menghisap jari. Anak anda akan lebih gembira dan lebih bermotivasi untuk berhenti.
Kanak-kanak yang lebih matang, contohnya yang berusia 6-7 tahun ke atas mungkin boleh memahami kesan-kesan buruk menghisap jari jika diterangkan. Oleh itu, mereka boleh dimotivasi dan diberi galakan untuk berhenti dengan sendiri.
ANAK SUKA HISAP JARI? IBU PERLU AMBIL TAHU KESANYA BILA ANAK DAH BESAR. ANAK SUKA HISAP JARI? IBU PERLU AMBIL TAHU KESANYA BILA ANAK DAH BESAR. Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan