BARU TAHU, RUPANYA BAYI PUN RASA KESUNYIAN . ADA CARA BUAT ANAK RASA CERIA GEMBIRA. - BABY N MOM

BARU TAHU, RUPANYA BAYI PUN RASA KESUNYIAN . ADA CARA BUAT ANAK RASA CERIA GEMBIRA.



Bayi juga merasa kesunyian dan bosan. Setelah semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Bayi ingin melakukan sesuatu untuk menghilangkan rasa sunyi. Oleh itu, ada 4 idea aktiviti yang boleh dicuba.


1.Permainan lembut
Bayi yang masih kecil memerlukan permainan yang selamat misalnya permainan jenis lembut atau kain. Biasanya apabila barang permainan itu menjadi kegemarannya, ia akan dipenuhi air liur dan dibawa ke mana-mana sahaja. Permainan ini  dapat merangsang perkembangan motor halus dengan menyentuh dan menarik permainan ini.

2.Tepuk amai-amai
Bayi menyukai bunyi yang ada di persekitarannya termasuk bunyi yang dihasilkan daripada tepukan tangan. Sambil tepuk tangan, anda boleh menyanyi lagu ‘tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu,tepuk adik pandai,siang malam upah susu. Ia bukan sekadar perbuatan biasa supaya anak rasa seronok dan terhibur, 

 3.Permainan bunyi
Terdapat banyak permainan yang mengeluarkan bunyi buat bayi. Pilihlah permainan yang bersaiz besar, berwarna dan mengeluarkan pelbagai bunyi. Kebiasaan permainan ini boleh dipicit atau ditekan bagi mengeluarkan bunyi. Pastikan ia lebih besar daripada mulut bayi untuk mengelak tercekik. 


4.Berbual
Bercakaplah dengan bayi anda sekerap yang boleh dalam ayat yang mudah dan jelas. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi.  Dia mungkin tidak faham apa yang anda katakan, tetapi dia akan gembira melihat apa yang anda lakukannya kepadanya. Lihat dan tunjuk pada perkara-perkara yang anda perkatakan.











BARU TAHU, RUPANYA BAYI PUN RASA KESUNYIAN . ADA CARA BUAT ANAK RASA CERIA GEMBIRA. BARU TAHU, RUPANYA BAYI PUN RASA KESUNYIAN . ADA CARA BUAT ANAK RASA CERIA GEMBIRA. Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan