MANFAAT BERTUNGKU YANG RAMAI IBU TAK PEDULI. - BABY N MOM

MANFAAT BERTUNGKU YANG RAMAI IBU TAK PEDULI.




Bertungku atau bertuam adalah salah satu amalan dalam rutin berpantang Melayu. Elok dilakukan dalam masa 40 hari pertama selepas bersalin.  Tuaman dilakukan pada bahagian perut, hulu hati, pinggang, paha, belakang, tangan dan tapak dan tumit kaki.

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, elakkan tuaman pada bahagian luka, perut dan pinggang sehingga luka pembedahan sembuh.

Antara manfaat bertungku ialah

1. Melegakan sakit badan pada ibu selepas kelahiran.
2.Bertungku boleh mengurangkan ketegangan otot sebelum proses urutan dilakukan.
3.Bertindak memecahkan angin dalam badan.
4.Menggalakkan pengecutan rahim.
5.Melancarkan proses pengeluaran darah nifas.
6.Mengeluarkan darah bantal iaitu ketulan darah yang saiznya sebesar penumbuk (bagi ibu bersalin normal).
7.Mengelakkan kesejukan selepas mandi.

tungku besi tidak digalakkan kerana ia berat dan hanya boleh dilakukan oleh perawat yang mahir sahaja. Ia juga tidak digalakkan kepada ibu-ibu yang bersalin secara caesarean.

MANFAAT BERTUNGKU YANG RAMAI IBU TAK PEDULI. MANFAAT BERTUNGKU YANG RAMAI IBU TAK PEDULI. Reviewed by siti hakimah on 1:47 PTG Rating: 5

Tiada ulasan