BILA ANAK KERACUNAN MAKANAN, APA PATUT IBU BUAT? - BABY N MOM

BILA ANAK KERACUNAN MAKANAN, APA PATUT IBU BUAT?


Bila si manja mengalami keracunan makanan, berak dan muntah berterusan, mama jangan panik. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan berikan penjagaan sewajarnya di rumah.
1.Biarkan dia berehat dan tidur berhampiran dengan bilik air.
2.Minum banyak air sekurang-kurangnya 150ml air setiap sejam untuk menggantikan cecair badan yang keluar masa muntah dan berak 
3.Demah bahagian perut dengan beg air panas atau sapu minyak angin untuk melegakan perut yang memulas
4.Muntah berterusan menyebabkan si kecil hilang cecair badan. Anda boleh memberikan air dengan secubit garam untuk memastikan keseimbangan air dan mineral dalam  tubuh
5.Berikan si manja makanan yang lembut yang mudah di hadam seperti bubur, pisang, roti bakar, epal dan sup.
6.Elakkan menu yang berasaskan tenusu sehingga cirit birit berhenti. Ini kerana enzim untuk mencerna makanan jenis ini yang terletak pada usus kecil dan memerlukan perut bekerja keras.


BILA ANAK KERACUNAN MAKANAN, APA PATUT IBU BUAT? BILA ANAK KERACUNAN MAKANAN, APA PATUT IBU BUAT? Reviewed by siti hakimah on 4:30 PTG Rating: 5

Tiada ulasan