BOLEHKAH BERI ANAK MAKANAN PEJAL LEBIH AWAL DARI UMUR YANG DISARANKAN? .INI JAWAPANYA MAMA HARUS TAHU - BABY N MOM

BOLEHKAH BERI ANAK MAKANAN PEJAL LEBIH AWAL DARI UMUR YANG DISARANKAN? .INI JAWAPANYA MAMA HARUS TAHU



Bayi seharusnya mula diperkenalkan dengan makanan pejal pada usia mereka enam bulan. Namun ada segelintir ibu-ibu yang risau bila melihat bayinya seperti lapar dan anggap susu yang diberikan tidak cukup. Namun bolehkah jika memberi bayi makanan pejal awal daripada usia yang disarankan? 

Bayi yang mempunyai masalah pertumbuhan atau kekurangan zat besi mungkin akan dinasihatkan untuk memperkenalkan makanan pelengkap lebih awal tetapi ia dilakukan di bawah pengawasan doktor atau pegawai dietetik. Namun, ia tidak sepatutnya dilakukan kurang daripada usia 4 bulan. Ini kerana sistem penghadaman dan perkumuhan secara umumnya akan mula matang untuk proses metabolisma pada usia empat bulan.


Perkara pertama yang perlu mama tahu ketika ingin memulakan makanan pelengkap kepada bayi ialah adakah bayi anda sudah sedia untuk ke peringkat tersebut? Setiap bayi akan melalui fasa perkembangan motor dari semasa ke semasa. Bayi akan menunjukkan tiga ciri-ciri yang jelas bahawa mereka telah sedia untuk menerima makanan selain susu ibu atau formula. Secara amnya, tiga ciri-ciri utama ini jarang berlaku pada bayi yang berusia di bawah enam bulan. Antara ciri - ciri tersebut:
1. Bayi anda mampu duduk dan dapat mengawal keseimbangan kepala mereka. 
2. Bayi anda sudah mampu untuk menyelaras pergerakan mata untuk mengenal pasti makanan, tangan untuk menyentuh serta memegang makanan dan memasukkan serta mengunyah makanan sendiri tanpa bantuan.
3. Bayi telah mampu untuk menelan makanan. Bayi yang masih belum bersedia menerima makanan pelengkap akan menolak kembali makanan menggunakan lidah mereka.







BOLEHKAH BERI ANAK MAKANAN PEJAL LEBIH AWAL DARI UMUR YANG DISARANKAN? .INI JAWAPANYA MAMA HARUS TAHU BOLEHKAH BERI ANAK MAKANAN PEJAL LEBIH AWAL DARI UMUR YANG DISARANKAN? .INI JAWAPANYA MAMA HARUS TAHU Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan