PETUA HILANGKAN BATUK ANAK DENGAN CEPAT DAN MUDAH. - BABY N MOM

PETUA HILANGKAN BATUK ANAK DENGAN CEPAT DAN MUDAH.



 apabila Buah hati tercinta  menghadapi masalah, sudah tentu kita sebagai orang tua akan berasa sangat terganggu. Bukan kerana kanak-kanak akan menyusahkan anda, tapi sebagai orang tua akan pasti berasa resah kerana buah hati tercinta dalam keadaan tidak sihat. 


  Batuk bayi merupakan gejala awal kedatangan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Anda tidak perlu bimbang. Ini adalah satu keadaan yang biasa berlaku pada bayi. Antara petua petua yang boleh digunakan untuk mengatasi batuk anak ialah:

1. Limau nipis dan madu

perahkan satu sudu jus limau nipis kedalam secawan air suam dan tambah 1 sudu madu. kacau dan bagi anak minum.

2. minyak tradisional

Minyak tradisional seperti minyak telon, minyak eucalyptus, minyak pudina, atau minyak rosemary boleh digunakan untuk menghilangkan batuk. minyak ini diguna untuk bahgian luar sahaja seperti disapu di bahagian dada dan leher.

3. bawang putih

juga amat berkesan untuk melegakan batuk. Keringkan bawang putih, boleh juga dibakar. Setelah kering dan agak sejuk, masukkan bawang putih ke dalam sebuah beg kain dan letakan di bawah bantal bayi. Aroma bawang putih yang kuat akan dapat membantu menghilangkan batuk bayi.

untuk mengelakan bayi mudah terkena pelbagai penyakit sebolehnya jangan biarkan anak berada di tempat kotor, berhabuk dan haiwan peliharaan berbulu seperti kucing dan sebagainya.








PETUA HILANGKAN BATUK ANAK DENGAN CEPAT DAN MUDAH. PETUA HILANGKAN BATUK ANAK DENGAN CEPAT DAN MUDAH. Reviewed by siti hakimah on 12:53 PTG Rating: 5

Tiada ulasan