TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU UNTUK KEKAL CERGAS DAN SUSU MAINTAIN BANYAK - BABY N MOM

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU UNTUK KEKAL CERGAS DAN SUSU MAINTAIN BANYAK




Semakin menghampiri bulan Ramadhan, hati setiap ibu yang menyusukan anak mereka pasti akan terdetik sedikit rasa bimbang.
Bukan bimbang tidak mampu menunaikan ibadah puasa tersebut tetapi gusar apabila memikirkan bagaimana mereka akan menyusukan si kecil sedangkan mereka terikat dengan ibadah puasa.
Risau pengeluaran susu ibu merudum dan tidak dapat menyesuaikan diri untuk menyusukan anak dalam keadaan berpuasa.

1 – Minum Banyak Air

Menyusu bayi memang menyebabkan kita berasa kerap dahaga. jadi para ibu disarankan minum air yang banyak ketika berbuka dan bersahur.

2 – Amalkan Cara Pemakanan Yang Betulamalkan makanan yang boleh menghasilkan banyak air susu terutama pada waktu berbuka dan bersahur antaranya ialah susu, kurma, bayam oat dan lobak merah.

3-  mengepam air susu

jika sebelum ini biasa pam pada waktu siang, pada bulan puasa lakukan pada waktu malam kerana susu akan bertambah selepas si ibu makan dan minum.


4-  amalkan Pengambilan Milk Booster.

pengambilan milk booster akan menggalakan penghasilan susu walaupun ketika berpuasa.

5- Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein

Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

6- Jangan Abai Sahur


Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

oleh itu, ibu-ibu disarankan mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang bulan puasa untuk mengekalkan penghasilan susu yang terbaik .




TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU UNTUK KEKAL CERGAS DAN SUSU MAINTAIN BANYAK TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU UNTUK KEKAL CERGAS DAN SUSU MAINTAIN BANYAK Reviewed by siti hakimah on 1:08 PTG Rating: 5

Tiada ulasan