5 CARA BANTU ANAK SUKA MAKAN SAYUR. IBU KENA CUBA DULU BARU TAHU. - BABY N MOM

5 CARA BANTU ANAK SUKA MAKAN SAYUR. IBU KENA CUBA DULU BARU TAHU.



Sayur memang baik untuk kesihatan dan menyumbang banyak zat kepada badan, tetapi disebabkan rasanya yang tak sedap menyebabkan anak tak suka makan.

ramai ibu bapa yang buntu dan tak tahu macamana nak pujuk anak supaya suka makan sayur dan sihat. Antara tip yang boleh menggalakkan anak makan sayur adalah:

1) kreatif

mak kena lah kreatif dalam usaha nak menarik minat anak makan sayur, sebagai contoh potong sayur mengikut design yang anak suka dan minat . Boleh potong sayur atau buah ikut bentuk yang menarik seperti kiub atau memanjang. Hias dalam pinggan dengan selang selikan warna sayuran.

2) pelbagaikan cara masakan

cuba pelbagai cara masakan supaya anak tak mudah bosan. Untuk kelainan boleh panggang lauk dan hiaskan dengan sayur. Boleh juga jadikan sayuran sebagai salad dan di campur dengan buah kegemaran anak.  

3)  Jadi contoh
Nak ajar anak makan sayur, kita sebagai ibu bapa perlu jadi contoh. Tak boleh memilih bab makan sayur kerana anak akan memerhatikan kita di meja makan. Sambil makan kita galakkan anak dan cakap mengenai kebaikan makan sayur.
4)  Hidangan kudapan
Jadikan sayur dan buah sebagai pengganti makanan ringan. Boleh buat sebagi kudapan ketika menonton televisyen atau ketika beriadah. 
5) aktiviti memasak
lakukan aktiviti memasak bersama anak pada hujung minggu atau hari cuti . Aktiviti ini pasti menyeronokkan . Boleh beri peluang kepada anak menyediakan sendiri menu ikut selera mereka. 

Sebagai ibu jangan cepat putus asa kalau anak tidak mahu makan sayur pada permulaannya. Kena banyak bersabar dan kreatif. Sekiranya usaha ini dibuat secara berterusan, lama-kelamaan anak akan boleh menerimanya.  













5 CARA BANTU ANAK SUKA MAKAN SAYUR. IBU KENA CUBA DULU BARU TAHU. 5 CARA BANTU ANAK SUKA MAKAN SAYUR. IBU KENA CUBA DULU BARU TAHU. Reviewed by siti hakimah on 10:30 PG Rating: 5

Tiada ulasan