5 PERKARA YANG BOLEH BUAT ANAK SENTIASA HAPPY - BABY N MOM

5 PERKARA YANG BOLEH BUAT ANAK SENTIASA HAPPY


Zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling dirindui. Waktu inilah mereka berpeluang untuk meneroka dunia baru dengan bermain dan mengenali perkara-perkara baru di sekeliling. Tahukah anda, ada cara mendidik anak yang terbukti dapat menjadikan mereka lebih gembira?

1) Beri waktu bermain yang cukup
berikan anak peluang untuk bermain dengan sepuasnya apabila mereka sudah menyelesaikan kerja rumah.

kajian mendapati bahawa apabila kanak-kanak bergaul sesama sendiri,tanpa disedari mereka dapat mempelajari dengan lebih lagi berbanding bergaul dengan dewasa.

2) Hubungan ibu bapa yang mesra
Minda kanak-kanak sangat mudah menyerap apa yang dilihatnya sehingga memberi kesan kepada emosinya. Kita sebagai ibu bapa sebolehnya elakkan bertengkar di hadapan mereka.

3) Terima mereka seadanya
jangan tunjuk kekecewaan jika mereka gagal dalam sesuatu ujian di sekolah, sebaliknya beri dorongan dan motivasi yang terbaik kepada mereka supaya lebih bersemangat di masa hadapan.

4) Adakan rutin aktiviti keluarga
Tradisi keluarga adalah teknik mudah untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Rancang satu aktiviti istimewa dalam seminggu atau sebulan seperti hari ‘spring cleaning’, ‘movie night’, ‘talent show’, atau hari membuat kek.
Apabila aktiviti ini dilakukan bersama anak, dia akan menjadi lebih seronok dan gembira. 

5 PERKARA YANG BOLEH BUAT ANAK SENTIASA HAPPY 5 PERKARA YANG BOLEH BUAT ANAK SENTIASA HAPPY Reviewed by siti hakimah on 12:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan