6 PERKARA IBU BAPA KENA PIKIR SEBELUM BELI BABY WALKER UNTUK ANAK. - BABY N MOM

6 PERKARA IBU BAPA KENA PIKIR SEBELUM BELI BABY WALKER UNTUK ANAK.



Memang seronok melayan kerenah anak kecil tetapi kalau tengah sibuk buat kerja rumah dan anak pula asyik merengek minta didukung, ibu terpaksa mencari alternatif bagi memudahkan urusan. Baby  walker antara alat yang dikatakan boleh membantu ibu yang ada anak kecil memantau anak dari jauh semasa sibuk membuat kerja di rumah.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam blog beliau, baby walker dicipta lebih 250 tahun lalu dengan tujuan memudahkan bayi yang sudah mula merangkak untuk belajar berjalan. Namun tanpa disangka, ia telah banyak mendatangkan bahaya kepada bayi.
1. American Academy of Paediatrician (AAP) tidak menggalakkan penggunaannya kerana ia boleh menyebabkan kecederaan. Antara kecederaan yang disenaraikan oleh AAP ialah jatuh dari tangga, terkehel pada jari tangan dan kaki, keracunan dan lemas.
2. Kecederaan yang disebabkan oleh baby walker bukan disebabkan oleh alat itu sendiri. Biasanya ia terjadi apabila bayi yang menggunakannya terlanggar kaki meja yang terhidang air panas, atau bayi dengan mudah mendekati soket elektrik atau mencapai bahan yang beracun dan memasukkannya ke mulut.
3. Menurut Dr Brenda J.Shields dari Chilren's Hospital di Columbus, Ohio, USA, baby walker sebenarnya tidak membantu bayi untuk berjalan, malah melambatkan bayi belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang. Berguling, duduk, merangkak dan bermain di lantai sebenarnya mengajar bayi asas untuk berjalan. Untuk berjalan, bayi perlu berlatih iaitu berdiri dan melangkah perlahan-lahan. Dengan itu ia merangsangkan secara tidak langsung perkembangan otot (motor) dan sensori.
4. Kebanyakan reka bentuk baby walker menghalang penglihatan bayi untuk melihat kaki mereka ketika menggunakannya. Ia akan memperlahankan pertumbuhan pergerakannya kerana penglihatan tidak dapat menghubungkan rangsangan ke otak dan kaki mereka. Oleh itu mereka tidak dapat mempelajari imbangan badan dan kemahiran berjalan.
5. Satu kajian menunjukkan bayi yang menghabiskan masa selama dua jam setiap hari menggunakan baby walker mengalami masalah perkembangan yang lambat berbanding dengan bayi yang tidak menggunakan baby walker.
6. Kaki bayi menjadi tidak lurus ketika berjalan di dalam baby walker. Punggung dan lututnya membengkok dan dia mungkin berjalan menggunakan jari kakinya (tiptoe). Akibatnya otot kaki yang salah digunakan untuk berjalan. Gaya jalan sebegini amat sukar ditukar apabila dia sudah tidak menggunakan baby walker.
Walaupun di Malaysia, tiada penguatkuasaan undang-undang larangan menggunakan baby walker pada bayi namun ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan memantau pergerakan bayi semasa menggunakan alat ini.








6 PERKARA IBU BAPA KENA PIKIR SEBELUM BELI BABY WALKER UNTUK ANAK. 6 PERKARA IBU BAPA KENA PIKIR SEBELUM BELI BABY WALKER UNTUK ANAK. Reviewed by siti hakimah on 10:41 PG Rating: 5

Tiada ulasan