6 SEBAB IBU MENYUSU TIDAK KELUAR HAID - BABY N MOM

6 SEBAB IBU MENYUSU TIDAK KELUAR HAID



Tentu ada kalangan ibu-ibu baharu bersalin anak pertama berasa cemas kerana masih lagi tidak datang haid walaupun anak sudah berusia enam bulan ke atas.

Sebenarnya setiap ibu akan melalui fasa yang berbeza antara satu sama lain. Tidak ada waktu khusus yang boleh dianggarkan bila kitaran haid ibu menyusu akan stabil. Ada yang mula datang haid selepas beberapa minggu, beberapa bulan, selepas setahun, atau juga apabila bayi mula makan, atau bayi tidur lebih lama di waktu malam. Bahkan jangan terkejut kerana ada juga yang hanya datang haid selepas bayi berhenti menyusu sepenuhnya! 

Jadi, untuk mengetahui bilakah waktu haid yang pertama akan hadir kepada ibu menyusu selepas melahirkan bayi bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya adalah seperti berikut:


1. Kekerapan menyusu bayi secara terus dari payu dara.


2. Adakah bayi menggunakan puting kosong atau tidak.


3. Sudahkah bayi makan makanan pejal pertamanya?


4. Kekerapan bayi minum susu perahan ibu menggunakan botol susu.


5. Berapa lama bayi tidur di waktu malam dengan lena.


6. Tindak balas hormon dalaman ibu iaitu antara hormon estrogen dan hormon prolaktin. Keduanya ini saling berlawanan. Apabila satu hormon pada paras tinggi, satu lagi akan menjadi rendah.

6 SEBAB IBU MENYUSU TIDAK KELUAR HAID 6 SEBAB IBU MENYUSU TIDAK KELUAR HAID Reviewed by siti hakimah on 9:24 PG Rating: 5

Tiada ulasan