7 KESALAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN IBU SAKIT KEPALA SEMASA MENYUSU. - BABY N MOM

7 KESALAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN IBU SAKIT KEPALA SEMASA MENYUSU.




Sakit kepala ketika menyusukan anak atau lebih dikenali sebagai lactation headache dalam terma bab penyusuan boleh berlaku kerana disebabkan oleh turun naiknya hormon oksitosin dalam proses menyusu.
Sakit kepala yang disebabkan hormon oksitosin ini tidak berbahaya. ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh ibu semasa menyusukan bayi sehingga menimbulkan sakit kepala. Antaranya seperti berikut:
1. Kurang minum air masak. Dehidrasi boleh mencetuskan sakit kepala.
2. Terlalu banyak minum air bergas atau kopi. Minuman seperti ini bersifat diuretik atau menahan cairan.
3. Kurang tidur. Kurang tidur dapat menyebabkan tekanan darah turun. Akibatnya timbul sakit kepala.
4. Salah posisi badan semasa menyusukan bayi. Cuba pastikan kedudukan badan sentiasa relaks atau tidak ada yang tegang semasa menyusukan anak.
5. Kerap menyusukan anak sambil berbaring, tetapi tidak bertukar sisi. Kalau anda menyusukan anak sambil berbaring pastikan berganti sisi sekerap mungkin.
6. Stres dan memiliki perasaan tegang semasa menyusukan anak. Minta tolong suami untuk mengurut bahu atau belakang badan anda bagi mengurangkan tekanan.
7. Banyak makan makanan yang dapat menyebabkan migrain. Sekiranya anda memang jenis yang ada migrain, sebaiknya buat sendiri makanan tenusu untuk memantau pengambilan makanan.












7 KESALAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN IBU SAKIT KEPALA SEMASA MENYUSU. 7 KESALAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN IBU SAKIT KEPALA SEMASA MENYUSU. Reviewed by siti hakimah on 3:18 PTG Rating: 5

Tiada ulasan