7 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK - BABY N MOM

7 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK




Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi. Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi, salah satunya melibatkan pemakanan.
Makanan berkhasiat berupaya membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Mari kita kenali makanan yang dapat membantu kepintaran anak anda.

1. Bijirin penuh (wholemeal)
Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari .
2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
3. Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.
4. Kekacang
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. 
5. Sayur-sayuran
David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. 
6. Buah-buahan
Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari.  Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
7. Coklat
Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.
 

7 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK 7 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan