8 CARA TENTERAMKAN ANAK YANG SUKA MENGAMUK DAN SUKA BALING BARANG - BABY N MOM

8 CARA TENTERAMKAN ANAK YANG SUKA MENGAMUK DAN SUKA BALING BARANG


Macam orang dewasa juga, kita tak boleh nak jangka apa mood mereka masa tu. Sedih ke gembira ke. Anak-anak lagi la tak boleh nak bercakap tapi  mereka tunjukkan dalam bentuk perbuatan.

kebiasaanya anak akan tunjukan emosi bermula usia 18 bulan-3 tahun Masa ni la memang ibu rasa sangat tercabar dengan karenah anak anak .

ada 8 cara yang ibu ibu boleh guna untuk mengatasi anak sedang emosi

1. Pegang tangannya
Masa anak melontar barang pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan dengan benda lain seperi bola plastik. Alihkan perhatian dia dengan ajak bermain permainan yang baru.
2. Jangan jerit
Kita bila anak suka lempar barang kita pun akan menjerit. Elakkan dari menjerit sebab dia sedang belajar, dengan cara baling barang ia akan menjadi satu ancaman pada kita supaya keinginan dia dituruti.
3. Pandang matanya dan berkata
Anak pada usia ini tidak akan mendengar si ibu yang membebel. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”
4. Lontar bersama
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Apa kata sekali-sekala anda baling dengan anak-anak. Baling barang plastik la ye..
5. Konsisten
Bila anda dah larang, jangan bagi dia buat lagi. Jangan terlalu layankan anak-anak yang merengek sebab tak dapat baling barang. Jauhkan dari barang bahaya dekat dengan anak.
6. Suap atau berhenti
Jika anak suka baling makanan jauhkan makanan dari dia. Angkat terus pinggan suapkan pada anak perlahan-lahan sehingga anak kenyang.
7. Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Kalau dia baling sebab marah peluk la dia sampai tenang.
8. Pujuk dan lakukan bersama
Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang di baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”


8 CARA TENTERAMKAN ANAK YANG SUKA MENGAMUK DAN SUKA BALING BARANG 8 CARA TENTERAMKAN ANAK YANG SUKA MENGAMUK DAN SUKA BALING BARANG Reviewed by siti hakimah on 9:30 PG Rating: 5

Tiada ulasan