ANAK BANYAK TANYA, MAK JANGAN MUDAH PENING. - BABY N MOM

ANAK BANYAK TANYA, MAK JANGAN MUDAH PENING.



Menurut kajian, seorang anak mampu mengajukan hingga 300 pertanyaan setiap hari, dan anak perempuan 4 tahun lebih banyak bertanya dibandingkan anak lelaki.
Mungkin anda pernah mengalami keadaan ini dan menghadapi pertanyaan-pertanyaan si kecil yang tak pernah habis. Jangan risau, kali ini dikongsikan tentang cara terbaik untuk anda memahaminya
Mengapa ia bertanya?
Menurut ahli perkembangan anak, usia 2 hingga 4 tahun adalah masa pembentukan kemampuan kognitif untuk memahami mengapa sesuatu itu terjadi dan ingin mengetahuinya antara satu sama lain. Pada waktu ini sangat penting bagi anda untuk memberikan jawapan yang munasabah.
Jika kita bagi jawapan endah tak endah, anak akan ada satu tanda tanya dalam diri dan lagi satu kalau kita menipu, fakta itu yang dipegang oleh anak sehinggalah mereka memahami situasi sebenar.  
Sebenarnya soalan diajukan anak bukan untuk mengganggu anda, sebaliknya untuk pengetahuan yang diluar kotak fikiran mereka. Mungkin kita fikir soalan yang ditanya tidak masuk akal tetapi ia antara bahagian penting perkembangan mental anak.
Perlu bersabar
Jika anda seorang suri rumah atau ibu yang bekerja dari rumah, anda memiliki lebih banyak waktu bersama anak-anak dan secara tidak langsung lebih banyak masa untuk menjawab pertanyaan mereka setiap hari.
Cuma anda perlu lebih banyak bersabar dan sentiasa tenang untuk menjawab semua pertanyaan ‘bos kecil tanpa membuatkan mereka kecewa sekaligus meningkatkan keinginannya untuk terus belajar.
Konsisten dengan fakta
Sebagai ibu bapa kita juga kena konsisten dengan jawapan yang diberikan. Kalau boleh hari ni bagi jawapan sama, esok pun mesti yang sama juga. Kalau jawapannya lain-lain anak akan keliru dan mereka dah tak percaya.
Jangan bagi jawapan tak masuk akal atas pertanyaan anak untuk melepaskan persoalan yang ditanya atau satu lagi jawapan ‘sebab dah dari dulu macam tu’. Ibu kena kreatif dan perlu bagi jawapan yang sesuai.
Satu lagi jangan bagi jawapan yang terlalu rumit. Kalau boleh guna ayat yang anak mudah faham sesuai dengan umurnya serta tidak digalakkan menggunakan bahasa teknikal.
Biarlah pertanyaan ini menjadi satu aktiviti kesukaan anak dalam proses pembesarannya. Anak yang bijak mereka selalu bertanya dan meneroka sesuatu perkara baharu.
ANAK BANYAK TANYA, MAK JANGAN MUDAH PENING. ANAK BANYAK TANYA, MAK JANGAN MUDAH PENING. Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan