ANAK KERAP TERKENA JANGKITAN TONSIL, IBU KENA CEPAT - CEPAT RAWAT. - BABY N MOM

ANAK KERAP TERKENA JANGKITAN TONSIL, IBU KENA CEPAT - CEPAT RAWAT.



‘Tonsil’ adalah sejenis tisu limfoid yang menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Tonsil berada di bahagian tekak. Apabila badan kita diserang dengan kuman, tonsil membantu badan kita melawan jangkitan. Ia menjadi bengkak dan merah iaitu radang tonsil atau ‘tonsillitis'. Tonsillitis boleh disebabkan oleh sama ada virus atau bakteria. Virus atau bakteria ini merebak melalui udara, melalui titisan air  liur dari pernafasan orang atau hubungan langsung dengan air liur orang yang dijangkiti.

SIMPTOM-SIMPTOM ‘TONSILLITIS’
Biasanya pesakit akan mengalami:
1.Sakit tekak
2.Demam
3.Kurang selera makan
4.Suara serak/garau
5.Susah menelan
6.Sakit telinga
7.Batuk dan selesema
Anda perlu memerhatikan keadaan kanak-kanak yang mungkin akan melelehkan air liur atau mengalami dehidrasi kerana mereka merasa sangat sakit untuk menelan air liur sendiri dan cecair. Sekiranya anak anda ada simptom seperti berikut, segera bawa mereka berjumpa doktor.
* Sukar menelan
* Sukar bernafas
* Sukar membuka mulutnya
Bukan semua kes tonsillitis mesti dirawat dengan antibiotik. Kebanyakan kes tonsillitis di kalangan kanak -kanak kecil disebabkan oleh virus dan akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari. Pastikan anak anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.
Dalam masa yang sama teruskan minum ubat demam seperti biasa jika anak mengalami suhu yang tinggi. Doktor akan memulakan ubat antibiotik yang sesuai jika radang tonsil disyaki disebabkan oleh bakteria.
Tonsillitis mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak, oleh demikian elok untuk menjauhkan anak daripada orang yang mengalami penyakit ini.
 oleh Dr. Kerry Vivienne, General paediatrics and childhood development di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
ANAK KERAP TERKENA JANGKITAN TONSIL, IBU KENA CEPAT - CEPAT RAWAT. ANAK KERAP TERKENA JANGKITAN TONSIL, IBU KENA CEPAT - CEPAT RAWAT. Reviewed by siti hakimah on 11:27 PG Rating: 5

Tiada ulasan