AWASI ANAK YANG BARU PANDAI MERANGKAK DAN SUKA MASUK BENDA DALAM MULUT - BABY N MOM

AWASI ANAK YANG BARU PANDAI MERANGKAK DAN SUKA MASUK BENDA DALAM MULUT



Ibu bapa jangan ambil mudah mengenai kemalangan tertelan objek kerana ia melibatkan nyawa si anak. Sebolehnya elakkan barang yang kecil berada di bawah atau kawasan yang mudah dicapai oleh anak.
Malah pemakaian barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai juga boleh memberi risiko kepada anak kecil yang suka menggigit loceng atau loket. Jadi sebagai ibu berhati-hatilah ye.
tanda tanda anak tertelan objek semasa bermain ialah:
- meleleh air liur lebih banyak daripada biasa
- sukar menelan
- tercekik, hendak muntah atau muntah
- kelihatan mengalami kesakitan atau ketidakselesaan dalam leher, dada atau perut
- tidak mahu makan
- demam
Apa yang harus dilakukan jika bayi tertelan sesuatu yang tidak sepatutnya?
Jika anak anda tertelan sesuatu yang beracun, ambil langkah-langkah berikut:
- Ketahui apa, bila dan berapa banyak bahan yang ditelan oleh anak anda.
- Bawa anak anda ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan di hospital terdekat. Jika anda tidak boleh memandu, hubungi 999 untuk bantuan ambulan.
- Jika boleh, bawa sampel atau bekas benda yang beracun itu untuk ditunjukkan kepada staf hospital. Catatkan masa yang anda fikir perkara itu berlaku.
Jika menelan bateri butang, atau objek tajam seperti kaca, bawa terus ke bahagian A&E.
Jika menelan sebarang objek lain, walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom, bawalah berjumpa doktor untuk diperiksa.






AWASI ANAK YANG BARU PANDAI MERANGKAK DAN SUKA MASUK BENDA DALAM MULUT AWASI ANAK YANG BARU PANDAI MERANGKAK DAN SUKA MASUK BENDA DALAM MULUT Reviewed by siti hakimah on 9:14 PG Rating: 5

Tiada ulasan