CUBA CARA NI JIKA ANAK BERDARAH HIDUNG. - BABY N MOM

CUBA CARA NI JIKA ANAK BERDARAH HIDUNG.



Tidak perlu panik apabila berdepan dengan situasi ini. Anak anda mungkin akan menangis dan terjerit-jerit terkejut mungkin sekiranya ia pengalaman pertama.


Apakah punca hidung berdarah?
Kita perlu memahami atau melihat kembali apakah agaknya punca hidung anak kita berdarah. Ia mungkin ada;
-    Kecederaan di hidung
-    Udara yang terlampau sejuk atau kering
-    Cuaca terlampau panas, anak berjemur bawah cahaya matahari terik terlalu lama.
-    Menghembus hidung dengan kuat
-    Terlalu kerap bersin
-    Dehidrasi, kurang air dalam badan
-    Ketumbuhan dalam rongga hidung
Cara Menghentikan Hidung Berdarah
1) Bertenang, duduk menegak (jangan baring), tundukkan sedikit kepala dan picit bahagian hidung yang lembut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu - tekan dengan kuat menghala ke muka dan mampatkan bahagian hidung yang dipicit sehingga menampan tulang muka.
2) Tahan selama 5-10 minit (bernafas hanya melalui mulut sahaja dan jika perlu boleh meludah darah yang mungkin keluar dari mulut).
3) Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.
4) Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.
5) Letakkan ais (yang dihancurkan dalam kain bersih) ke dahi dan pipi. Untuk mencegah hidung berdarah semula setelah berhenti
 
CUBA CARA NI JIKA ANAK BERDARAH HIDUNG. CUBA CARA NI JIKA ANAK BERDARAH HIDUNG. Reviewed by siti hakimah on 3:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan