DOKTOR KATA TAK PERLU BERI ANAK ANTIBIOTIK BAGI MASALAH BATUK DAN SELESEMA YANG BIASA - BABY N MOM

DOKTOR KATA TAK PERLU BERI ANAK ANTIBIOTIK BAGI MASALAH BATUK DAN SELESEMA YANG BIASA



 bayi dan kanak-kanak kecil yang tinggal di pusat jagaan dan taska sering ditimpa demam selesema, batuk dan sebagainya. Lagi tinggi suhu bayi,lagi cemas perasaan si ibu.
Justeru itu, ibu akan bawa anak untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tidak semestinya terus memberikan si kecil ubat antibiotik serta merta.
Sama ada antibiotik diperlukan atau tidak, ia akan bergantung kepada keadaan anak, simptom dan pemeriksaan doktor. Doktor akan cuba untuk mengenal pasti punca demam tersebut.
Kebanyakkan kes demam selesema kanak-kanak disebabkan oleh virus dan antibiotik tidak diperlukan.
Namun begitu jika doktor mengesyaki si kecil menghidap jangkitan bakteria, doktor mungkin akan memulakan ubat antibiotik atau membuat pemeriksaan darah bergantung kepada keadaan pesakit.
Kekerapan mengambil antibiotik akan menyebabkan perkembangan ketahanan bakteria. Akibatnya rawatan terhadap kuman biasa akan bertambah susah dengan antibiotik biasa. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak memberi anak mereka antibiotik yang tidak perlu bagi masalah batuk dan selesema yang biasa.
Untuk meningkatkan antibodi anak, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif pada 6 bulan pertama usianya. Selepas itu gabungkan penyusuan susu ibu dengan makanan pejal selama 24 bulan atau lebih lama.
Pastikan anak anda mendapat cukup khasiat dalam menu harian mereka dengan cukup pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dicadangkan. Elakkan makanan ringan, gula-gula dan gula tambahan dalam makanan dan minuman harian. Anda juga boleh beri anak suplemen multivitamin dan essential fatty acids(EFAs).
oleh Dr. Kerry Vivienne, General Paediatrics and Childhood Development di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

DOKTOR KATA TAK PERLU BERI ANAK ANTIBIOTIK BAGI MASALAH BATUK DAN SELESEMA YANG BIASA DOKTOR KATA TAK PERLU BERI ANAK ANTIBIOTIK BAGI MASALAH BATUK DAN SELESEMA YANG BIASA Reviewed by siti hakimah on 9:46 PG Rating: 5

Tiada ulasan