IBU DAN AYAH JANGAN MUDAH NAK MARAH DAN TENGKING ANAK, BACA NI DULU!. - BABY N MOM

IBU DAN AYAH JANGAN MUDAH NAK MARAH DAN TENGKING ANAK, BACA NI DULU!.



Ibu bapa mana yang tak pernah tertengking anak. Dalam sayang sangat pada anak, kadangkala tertinggi juga suara padanya bila dia buat perangai yang menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Lepas tertengking anak tentu sahaja kita rasa kesal dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Mungkin kita tak perasan atau sedar ada kesan buruknya. Mungkin kita beranggapan "ala aku kan mak bapak dia, biasalah marah dan tengking kalau anak buat salah." Tapi bila baca perkongsian Dr.Taufiq Razif, kita wajar buka mata dan minda. Menegur kesalahan anak sebenarnya tak perlu dengan cara kasar sampai mengguris emosinya.
Semoga lepas ini kita semua mampu jadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak.
Saya pernah jumpa seorang ayah yang suka bentak dan jerit kat anak sendiri.
Anak tu baru je berlari laju sikit sebab kena kejar dengan kawan dah kena tengking dengan si ayah macam si anak tu dah buat kesalahan paling besar atas muka bumi. Dengan mata menjengil kemarahan dan suara keras ayahnya membuatkan anaknya berhenti dan terdiam ketakutan!
Padahal bermain ni memang fitrah seorang budak yang sedang berkembang. Dengan bermain tu la otak, emosi dan tubuh badan si comel kita berkembang. Anak yang dilarang bermain akan menjadi seorang anak yang tertekan, rendah diri yang ekstrim, suka menyendiri, gagal mengawal emosi dan akhirnya membesar sebagai seorang dewasa yang rosak.
Membentak dan menjerit pada anak sendiri hanya akan membuatkan :
+ Emosi anak menjadi tidak stabil. Bila ditengking, memang anak akan menjadi diam tapi tu kesan sementara je. Anak diam bukan kerana dia faham kesalahannya tapi kerana dia ketakutan.
+ Anak akan mulai meniru perbuatan kita. Dia akan menggunakan jeritan untuk membetulkan kesalahan adik dan kawannya kerana si comel kita menyangka tu cara terbaik untuk membetulkan orang lain.
+ Lebih parah lagi bila anak tak lagi berminat untuk bermain. Maka segala perkembangan sosial, otak dan badannya akan terganggu. Efeknya bukan sekarang je tapi sampai ke tua nanti.
Mintak tolong sangat pada ibubapa untuk kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak-anak. Sesekali tu memang la akan terlanjur marah atau tengking tapi pastikan kita neutralkan balik dengan pelukan dan pujukan kasih sayang supaya anak kita faham bahawa kita sebenarnya tak bermaksud pun nak mencederakan emosinya.
Taufiq Razif,
Masih belajar jadi bapa
Sumber: Facebook Taufiq Razif
IBU DAN AYAH JANGAN MUDAH NAK MARAH DAN TENGKING ANAK, BACA NI DULU!. IBU DAN AYAH JANGAN MUDAH NAK MARAH DAN TENGKING ANAK, BACA NI DULU!. Reviewed by siti hakimah on 9:23 PG Rating: 5

Tiada ulasan