KALAU PAPA DAN MAMA TAKUT NAK POTONG KUKU ANAK YANG MASIH KECIL, BACA TIP NI - BABY N MOM

KALAU PAPA DAN MAMA TAKUT NAK POTONG KUKU ANAK YANG MASIH KECIL, BACA TIP NI


Dalam menjaga tahap kebersihan anak, ada satu perkara yang sering menimbulkan debaran kepada si ibu mahupun bapanya. Perkara ini melibatkan hal memotong kuku si kecil. Walaupun amalan memotong kuku merupakan suatu hal biasa, namun apabila melibatkan jari jemari yang kecil dan kuku yang lembut, ia boleh membuatkan ibu bapa gusar untuk memotong kuku anaknya.

1. Gunakan pengetip kuku khusus untuk bayi
Untuk memotong kuku si kecil, anda perlulah menggunakan pengetip kuku yang betul. Jangan guna pengetip kuku untuk orang dewasa Hal ini kerana, saiz pengetip kuku orang dewasa adalah lebih besar. Jadi, dikhuatiri, anda mungkin terlebih potong kukunya yang akhirnya menyebabkan jarinya luka. 

2. Lakukan potongan berbeza untuk jari tangan dan jari kaki
Ketika mengetip kuku anak, pastikan anda memotong dengan mengikut alur kuku pada jari tangannya. Untuk jari kaki pula, anda digalakkan untuk memotongnya secara menegak dan lurus. Oleh itu, anda tidak perlu mengikut alur kuku di jari kakinya.

3. Potong selepas waktu mandi
Untuk memudahkan anda memotong kuku anak, lakukannya sebaik sahaja dia selesai mandi. Pada waktu ini, kuku jarinya lebih lembut. Jika tidak dapat dilakukan pada waktu sebegini, anda boleh mencuci tangannya terlebih dahulu dengan air biasa dengan tujuan melembutkan kukunya.

4. Potong ketika anak tidur
Sekiranya anak sukar duduk diam dan banyak bergerak setiap kali anda memotong kukunya, adalah lebih baik pada hari kemudiannya, anda melakukan aktiviti ini pada waktu dia sudah lena tidur. Semasa dia tidur, anda boleh memegang tangannya dengan lebih mudah dan kerja memotong kuku pun dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang.

5. Lakukan di tempat terang
Jika sebelum ini, anda selalu memotong kuku anak, tidak kira di mana pun lokasinya, ambil perhatian! Jangan lakukannya di kawasan yang malap dan tidak cukup pencahayaan.

KALAU PAPA DAN MAMA TAKUT NAK POTONG KUKU ANAK YANG MASIH KECIL, BACA TIP NI KALAU PAPA DAN MAMA TAKUT NAK POTONG KUKU ANAK YANG MASIH KECIL, BACA TIP NI Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan