KETAHUI SAYUR DAN HERBA YANG DAPAT BANTU IBU TINGKATKAN KUALITI AIR SUSU KETIKA BERPANTANG - BABY N MOM

KETAHUI SAYUR DAN HERBA YANG DAPAT BANTU IBU TINGKATKAN KUALITI AIR SUSU KETIKA BERPANTANG




Ramai ibu mengelakkan menu sayur kerana bimbang akan bentan! Memanglah perlu elak sayur, tapi yang  bersifat sejuk dan berangin sahaja. Pemilihan sayur yang sesuai baik untuk pemulihan dalaman dan penambahan air susu  yang berkualiti jika diamalkan ketika berpantang.

SAYUR-SAYURAN PENAMBAH SUSU
Sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin memang tidak disarankan kerana boleh menyebabkan bentan. Tapi ada banyak lagi sayur-sayuran lain yang boleh dimakan.  Bolehlah tukar-tukar menu sayur kalau jemu! Antara sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang dan menambah susu ialah seperti  berikut;
  • Pegaga
  • Sawi
  • Brokoli
  • Daun cekur dan cekur manis
  • Ulam raja
  • Halia
  • Daun lemuni
  • Lobak putih

HERBA PENAMBAH SUSU
Herba juga boleh dimakan dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Ambil dalam kuantiti sederhana, berpada-pada untuk mengelakkan cirit-birit pada ibu dan bayi. Jika tidak mampu makan mentah, bolehlah masukkan dalam masakan!
  • Habbatus sauda
  • Halba
  • Jintan putih dan jintan manis
  • Bunga lawang
  • Pelaga
  • Cengkih
  • Bunga lawang
  • Lada putih dan hitam

*Lobak putih memang akan menambah susu badan, tapi menurut bidan elakkannya dalam tempoh 44 hari pertama kerana ia boleh menyebabkan rahim kembang, sejuk pada urat dan saluran bersalin sukar mengecut.










KETAHUI SAYUR DAN HERBA YANG DAPAT BANTU IBU TINGKATKAN KUALITI AIR SUSU KETIKA BERPANTANG KETAHUI SAYUR DAN HERBA YANG DAPAT BANTU IBU TINGKATKAN KUALITI AIR SUSU KETIKA BERPANTANG Reviewed by siti hakimah on 10:16 PG Rating: 5

Tiada ulasan