LEGAKAN BATUK DAN SELSEMA ANAK DENGAN 3 BAHAN SEMULAJADI NI - BABY N MOM

LEGAKAN BATUK DAN SELSEMA ANAK DENGAN 3 BAHAN SEMULAJADI NI

Apabila bayi atau anak kecil batuk dan selesema, sebagai ibu kita merasa kasihan melihat mereka dalam keadaan yang tidak selesa. Batuk dan selesema adalah penyakit normal yang kerap menjangkiti bayi dan kanak-kanak dan kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan virus.


Sebenarnya ada cara yang mudah untuk melegakan masalah batuk dan selesema yang dihidapi oleh si kecil. Bahkan ia selamat digunakan oleh bayi seawal usia sehari dan kanak-kanak. Tiga bahan semula jadi yang berfungsi untuk melegakan dan mengurangkan masalah kahak, selesema dan batuk yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:
1. Minyak kelapa dara
Minyak kelapa membantu melindungi tubuh daripada jangkitan disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh badan.
2. Minyak kayu putih (eucaplyptus oil)
Minyak ini sangat baik untuk melegakan saluran pernafasan yang tersumbat akibat masalah selesema. Caranya sangat mudah, titiskan beberapa titik minyak kayu putih ke dalam sebekas air hangat dan biarkan anak menghidu wap tersebut. Wap itu membantu melonggarkan dan melegakan rongga hidung dan dapat menghilangkan gejala hidung tersumbat akibat selesema.
3. Halia
Fungsi halia sebagai ejen membuang angin dalam badan memang cukup diketahui ramai. Selain daripada itu ia juga memberi kehangatan kepada badan seterusnya membantu melegakan masalah selesema dan batuk yang dialami oleh si kecil.
Selain daripada mencuba bahan semula jadi tersebut, anda juga mestilah memastikan keadaan rumah bebas daripada habuk dan bakteria serta mempunyai pengaliran udara yang baik.









LEGAKAN BATUK DAN SELSEMA ANAK DENGAN 3 BAHAN SEMULAJADI NI LEGAKAN BATUK DAN SELSEMA ANAK DENGAN 3 BAHAN SEMULAJADI NI Reviewed by siti hakimah on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan