RISIKO BAHAYA JIKA BAYI TIDUR MENGGUNAKAN BANTAL - BABY N MOM

RISIKO BAHAYA JIKA BAYI TIDUR MENGGUNAKAN BANTAL




Risiko bahaya terletak pada ketebalan selimut atau bantal yang dapat menghalang bayi bernafas, dan membuatkan mereka tidak dapat bernafas dengan sempurna, demikian menurut Carrie Saphiro Mendoza, ketua penyelidik di bahagian Reproduksi Kesihatan di Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Atlanta.
Ini antara sebab kenapa bantal berbahaya kepada bayi.
1. Berisiko menyebabkan bayi mengalami sesak nafas atau tersedak.
2. Jika bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U, bayi sukar untuk memusing kepalanya ke salah satu sisi jika dia muntah atau muak. Keadaan ini berisiko membuatkan bayi tersedak oleh muntahnya sendiri.
3. Bantal dikaitkan dengan sindrom kematian bayi secara mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Bagaimanapun jika bayi anda menggunakan bantal, sila patuhi cara penggunaan yang betul supaya dapat mengelakkan daripada sebarang risiko berbahaya.
* Jauhkan semua bantal dari katil bayi sewaktu dia tidur.
* Jika bayi tidur dengan bantal pada waktu siang, pastikan anda sentiasa mengawasi keadaannya. Sekiranya tidak mengawasinya, lebih baik tak payah guna bantal.
* Sekiranya bayi tertidur dengan bantalnya, perlahan-lahan ambil bantal dengan lembut dan jauhkan darinya.
* Jika masih mahu menggunakan bantal, pilih bantal yang direka khas untuk bayi dan bersifat hipoalergenik atau rendah risiko alergi.
* Pilih bantal yang kecil dan kukuh dengan sarung yang nipis.
* Jangan menggunakan bantal yang dihias dengan lace, labuci, manik dan sulaman pada jahitan sarungnya.
* Jangan menggunakan bantal yang diperbuat daripada bahan polister kerana fabrik ini boleh menyebabkan kegatalan. Sebaiknya guna sarung bantal daripada kain kapas.
* Sentiasa periksa keadaan bantal. Jika sudah koyak, jauhkan daripada anak anda.
* Bersihkan bantal dengan kerap kerana ia boleh menjadi tempat kuman, debu, peluh, sisa susu yang mengering atau minyak bayi berkumpul.
* Jangan guna bantal jika anda meletakkan bayi di dalam buaian.
* Jangan beri bayi minum susu atau makan secara berbaring di atas bantal.
RISIKO BAHAYA JIKA BAYI TIDUR MENGGUNAKAN BANTAL RISIKO BAHAYA JIKA BAYI TIDUR MENGGUNAKAN BANTAL Reviewed by siti hakimah on 11:31 PG Rating: 5

Tiada ulasan