RISIKO TIDUR BAYI YANG BOLEH MEMBAWA KEMATIAN, IBU BAPA KENA BERHATI-HATI - BABY N MOM

RISIKO TIDUR BAYI YANG BOLEH MEMBAWA KEMATIAN, IBU BAPA KENA BERHATI-HATI





Jika bayi anda berusia enam bulan atau kurang, lebih selamat baginya tidur di dalam kot di sebelah katil anda.
Ini akan mengurangkan kemungkinan bayi menjadi terlalu panas di bawah selimut anda. Terlampau panas meningkatkan risiko kematian bayi mengejut (sudden death syndrome - SIDS).
Tetapi ada keadaan-keadaan di mana anda tidak harus tidur bersama bayi kerana peningkatan risiko SIDS. Jangan tidur dengan bayi jika:
1) Anda atau suami adalah perokok.
2) Bayi anda dilahirkan pramatang, 
3) Anda dan suami telah minum minuman keras atau ubat ubatan ini kerana         dikhuatiri anda tidak sedar anak berada disebelah dan akan tertindih.
4) Anda dalam keadaan terlalu letih, atau mempunyai masalah tidur seperti           sindrom apnea iaitu tidur yang terlalu nyenyak sehingga tidak sedar anda           telah menindih bayi anda.
5) Jangan tidur dengan bayi anda diatas sofa berkemungkinan bayi anda boleh       terperosok di celah-celah kusyen sofa.











RISIKO TIDUR BAYI YANG BOLEH MEMBAWA KEMATIAN, IBU BAPA KENA BERHATI-HATI RISIKO TIDUR BAYI YANG BOLEH MEMBAWA KEMATIAN, IBU BAPA KENA BERHATI-HATI Reviewed by siti hakimah on 9:36 PG Rating: 5

Tiada ulasan