SEBAB SUSU IBU CAIR DAN JANGAN INGAT IA TIDAK BERKHASIAT - BABY N MOM

SEBAB SUSU IBU CAIR DAN JANGAN INGAT IA TIDAK BERKHASIAT



Bagi ibu yang mengumpul susu ibu perahan, mesti perasan kadang kala  susu kelihatan agak cair walau pun kuantitinya banyak. Apakah puncanya? Bimbang andai ia mempengaruhi kesihatan dan perkembangan anak. Ini jawapan daripada pakar laktasi.
Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pakar Laktasi dan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, kualiti susu ibu tidak ditentukan dengan pekat atau cairnya warna susu ibu tersebut. Susu ibu mengandungi lebih kurang 88% air. Kandungan air di dalam susu ibu memberikan konsistensi susu ibu kelihatan cair dan bukan bermakna susu ibu kurang berkhasiat. Pada kebiasaannya, susu yang kelihatan cair ini dapat dilihat pada masa awal perahan. Tetapi semakin lama ibu memerah susu, maka ibu akan mendapati susu semakin pekat. Ini adalah kerana semakin banyak kandungan lemak di dalam susu mula dikeluarkan. Kandungan lemak ini juga penting untuk membekalkan tenaga kepada bayi puan dan membantu meningkatkan berat badan bayi.

MEMPERKUATKAN DAYA PERTAHANAN TUBUH
Susu yang kelihatan cair juga mengandungi protein yang banyak sel imuniti. Sel-sel ini penting kerana ia melindungi bayi daripada jangkitan kuman. 
BAYI PERLUKAN SUSU AWAL DAN AKHIR 
Susu awal yang keluar semasa perah atau semasa bayi menyusu dipanggil juga foremilk. Manakala susu akhir dipanggil hindmilk. Adalah penting untuk memberikan kedua-dua foremilk dan hindmik kepada anak kerana selain mendapat perlindungan daripada foremilk, bayi juga perlu mendapatkan tenaga daripada hindmilk.

IBU PERLU MAKAN SEIMBANG
Ibu menyusukan bayi perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Minum air mengikut keperluan tubuh agar tidak terhidrat.

SUSUKAN BAYI LEBIH LAMA
Walaupun susu perahan kelihatan cair, teruskan memerah sehingga dapat melihat susu akhir yang kelihatan lebih pekat. 

3 SEBAB SUSU CAIR
1.Cuaca yang panas boleh mendorong seseorang ibu meminum air dengan lebih banyak. Hal ini akan menghasilkan susu yang lebih cair.
2. Kurang memerah susu.Apabila seseorang ibu kurang kerap memerah susu, maka susu yang terkumpul lama di dalam payudara akan menjadi lebih cair 
3. Sesi perahan yang pendek menyebabkan tidak kesemua susu dikeluarkan. Oleh itu hanya susu awal yang mengandungi lebih air saya yang diperah keluar dan kelihatan lebih cair. Pastikan memerah setiap dua hingga tiga jam. Untuk setiap sesi perahan pula, pastikan sesi tidak terlalu pendek supaya bukan hanya susu awal yang diperah keluar, tetapi juga susu akhir.

Tip Dr Zaharah: Jika susu perahan foremilk terlalu banyak, boleh simpan sebahagian di dalam bekas yang berasingan. Apabila hendak berikan susu perahan kepada bayi berikan hanya sebahagian susu foremilktersebut dan berikan susu hindmilk  setiap kali menyusukan bayi.
SEBAB SUSU IBU CAIR DAN JANGAN INGAT IA TIDAK BERKHASIAT SEBAB SUSU IBU CAIR DAN JANGAN INGAT IA TIDAK BERKHASIAT Reviewed by siti hakimah on 3:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan