SELAMATKAH BAYI ANDA PAKAI BEDAK? - BABY N MOM

SELAMATKAH BAYI ANDA PAKAI BEDAK?


Ramai dalam kalangan ibu yang membahaskan penggunaan bedak. Ada yang bersetuju dan tak kurangnya yang menentang kerana beranggapan penggunaan bedak boleh menyebabkan kanser, asma dan penyakit lain pada bayi.

Sejauhmanakah fakta ini betul? Perkongsian dari Dr Zubaidi Haji Ahmad dalam blognya dapat memberi sedikit pengetahuan kepada ibu yang masih lagi belum mendapat kepastian lanjut.

Menurut Dr Zubaidi, bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapu pada badan bayi adalah selamat selagi digunakan secara berhati-hati. Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak. Jika tidak ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asma.

Jarang sekali serbuk bedak ini meyebabkan kesukaran bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak.

Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun banyak kajian yang telah mengkaji hal ini dan mendapati ia tidak benar.

Tuala lembut yang kering dapat mengeringkan bayi selepas mandi. Serbuk bedak juga tidak melindungi bayi terhadap ruam lampin.

Saya lebih mencadangkan ibu agar tidak menggunakan serbuk bedak ini jika mereka mengalami asma kerana bimbang ia juga boleh menjadi punca anak mereka mendapat asma.

Sumber: drzubaidi.com
SELAMATKAH BAYI ANDA PAKAI BEDAK? SELAMATKAH BAYI ANDA PAKAI BEDAK? Reviewed by siti hakimah on 10:30 PG Rating: 5

Tiada ulasan