SELAMATKAH BERURUT SEMASA HAMIL? - BABY N MOM

SELAMATKAH BERURUT SEMASA HAMIL?


Urut terapeutik memang sudah lama digunakan meningkatkan kesihatan keseluruhan, mengurangkan tekanan, dan melegakan ketegangan otot.
Tetapi berurut semasa hamil sering mendapat sambutan bertentangan dari pakar kesihatan dari segi keselamatan. tetapi selamatkah ?
Walaupun kajian menunjukkan bahawa berurut semasa hamil boleh memberi manfaat, ia masih perlu diberikan pertimbangan yang teliti, terutamanya pada cara, latihan dan pengalaman pengurut itu. 
bagi ibu yang baru mengandung kurang dari minggu tidak digalakkan berurut dikhuatiri akan berlaku keguguran.
ibu hamil hanya akan mendapat lebih banyak manfaat berurut semasa trimester dua hingga tiga, apabila bayi dalam kandungan lebih besar dan berat.
Ibu hamil selalu mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon semasa hamil.
Manfaat ibu hamil berurut seperti berikut:
- boleh mengurangkan kebimbangan dan stress,
- boleh menyebabkan badan rasa tenang dan lebih bersemangat,
- mengurangkan simptom kemurungan,
- melegakan sakit otot dan sakit sendi,
- mampu melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik secara keseluruhan,
- mengurangkan sakit belakang,
- mengurangkan edema,
- mengurangkan ketegangan otot dan sakit kepala,
- pengoksidaan yang lebih baik daripada tisu lembut dan otot,
- dapat tidur dengan lebih baik.
Ibu-ibu hamil yang tidak digalakkan untuk berurut adalah
1.kehamilan berisiko tinggi
2.kehamilan dengan hypertension atau preeclampsia
3.pernah mengalami kelahiran pramatang
4.pernah mengalami keguguran
5.kehamilan kurang dari 12 minggu
SELAMATKAH BERURUT SEMASA HAMIL? SELAMATKAH BERURUT SEMASA HAMIL? Reviewed by siti hakimah on 9:59 PG Rating: 5

Tiada ulasan