TIP ELAK ANAK MERAGAM KETIKA MUSIM PERAYAAN. - BABY N MOM

TIP ELAK ANAK MERAGAM KETIKA MUSIM PERAYAAN.


Bila dah tiba musim perayaan amalan kunjung mengunjung sanak saudara dan rakan taulan  dihidupkan kembali, tapi bagi ibu bapa yang anak yang masih kecil harus beringat walaupun seronok beraya penjagaan tehadap anak harus lebih di titikberatkan. ini kerana untuk mengelakkan anak meragam masa beraya nanti.

Jadi 8 tups ini yang harus papa dan mama lakukan sebelum pergi beraya:

1) pastikan anak makan dengan secukupnya

bagi ibu bapa yang nak bawa anak pergi beraya tu pastikan perut anak dah kenyang barulah tak mudah meragam nanti. bagi anak yang dibawah 6 bulan dan masih menyusu sila pastikan anak menyusu atau minum susu dulu sebelum keluar rumah.

2) pastikan anank cukup tidur.

sedikan carseat dalam kereta supaya anak mudah tidur nanti dalam kereta.

3) jangan pakai pakaian yang terlalu tebal 

masa raya mak-mak mesti nak anak nampak cantik bila pergi beraya, semasa beli dan pilih baju raya anak sila pastikan pemilihan kain yang lembut dan selesa bila anak pakai beraya nanti. jangan nanti anak meragam tak tentu pasal sebab panas, mak jugak yang tak dapat beraya.

4) bawa mainan kegemaran anak

untuk elak anak meragam masa beraya nanti bawak mainan kegemaran anak. bukan bawak seraga tapi bawa yang anak betul betul suka sahaja.

5) bawak minyak angin

yang ni memang penting bila pergi mana mana tak kira lah musim perayaan atau hari hari biasa. kalau anak meragam dan tak selesa perut bila dah makan macam macam boleh la guna minyak angin untuk melegakan.

6) letak anak di bilik/tempat yang tidak panas

bila dah sampai ke destinasi raya yang dituju cuba rehatkan anak di bilik atau tempat yang agak sejuk supaya anak jadi tenang dan tak mudah meragam.

7) bawa lampin  pakai buang lebih

lampin atau baju spare sangat penting kalau nak pergi beraya jauh sebab bila anak dah kenyang makan atau minum nanti ada la yang akan "terbuang". mak-mak kena selalu la cek jangan asyik sembang je sampai tak ingat anak.

8) jangan beraya terlalu lama

dinasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak masih kecil jangan lah beraya terlalu lama. kalau terlalu lama anak jadi mudah bosan dan mudahlah nak mula meragam.





TIP ELAK ANAK MERAGAM KETIKA MUSIM PERAYAAN. TIP ELAK ANAK MERAGAM KETIKA MUSIM PERAYAAN. Reviewed by siti hakimah on 12:09 PTG Rating: 5

Tiada ulasan