TIPS MENGATASI PERUT MENGELEBER SELEPAS BERSALIN - BABY N MOM

TIPS MENGATASI PERUT MENGELEBER SELEPAS BERSALIN



Menurut BabyCenter, perubahan hormon akan berlaku sebaik saja bayi dilahirkan, di mana rahim akan mula mengecut dan kembali kepada bentuk asalnya. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku secara perlahan dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin.

Terdapat beberapa tip untuk mengatasi perut dari mengeleber selepas proses bersalin.

1) Menyusu badan

tahukah anda bahawa penyusuan badan juga membakar kalori tubuh ibu mengandung?Menurut majalah Women’s Health, proses menyusu badan boleh membakar sekitar 300-500 kalori setiap hari.
2) Minum air kosong dengan banyak
Air kosong bukan saja baik untuk kulit, tetapi ia juga boleh membantu menyingkirkan toksin serta membantu mengekalkan keanjalan kulit.
3) Senaman berimpak rendah
Antara senaman berimpak rendah ialah seperti berjalan atau senaman lantai. Senaman berimpak rendah ini bukan saja membantu anda membakar lebihan lemak, tetapi ia turut mengurangkan masalah yang selalu berlaku selepas bersalin seperti sakit belakang, kekejangan kaki, atau lenguh badan.
4) Bersiar siar bersama bayi
Bawalah bayi bersiar-siar di halaman rumah dan hiruplah udara segar setiap pagi. Mendukung atau menolak bayi di dalam stroller juga boleh membantu anda kekal aktif. Malah, secara tidak langsung dapat juga mengurangkan stres serta merapatkan hubungan ibu dan anak.
5) Berbengkung
Berbengkung adalah salah satu amalan masyarakat kita untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin. selain itu ia dapat membantu memberi postur tubuh yang baik selain mengecutkan rahim bengkak serta merapatkan faraj. 
6) Pilih makanan yang berkhasiat
Elakkan daripada selalu memakan makanan segera, berlemak, bergoreng serta minuman manis. penuhkan diet harian anda dengan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kesihatan.

TIPS MENGATASI PERUT MENGELEBER SELEPAS BERSALIN TIPS MENGATASI PERUT MENGELEBER SELEPAS BERSALIN Reviewed by siti hakimah on 11:33 PG Rating: 5

Tiada ulasan